i love you




dibintangi oleh : jun hyung, jiyeon, yoseob

jiyeon pov,

di sebuah kafe di xxx,Korea
" YAAA!!!! kenapa dengan kau ni? saya dah cakap saya tak suka, tak sukalah...kenapa kamu still nak buat macam tu lagi?"
" ok...ok... saya takkan buat macam tu lagi tolonglah bagi saya satu peluang lagi saya takkan pergi pejabat awak dan ajak awak keluar dah.."
" saya dah tak tahan dah.... saya rimas awak tahu? huh... kau bukannya tahu saya rimas ke tak..sebab kerja awak hanya buat kecoh di pejabat saya...!!!"
" sorry...sorry... saya takkan buat macam tu lagi...."
" don't worry....kita CLASH!!!! from now on, you and i dah takde apa-apa hubungan dah!!"
 Memori itu, masih bermain di fikiran aku ketika aku sedang bersendirian. Ketika itu, junhyung menyatakan bahawa kami sudah clash dan ketika itu juga semua orang di kafe memerhatikan kami berdua yang sedang gaduh. Junhyung meninggalkan aku disitu seorang diri di situ sambil menangis teresak-esak. Ingin sekali aku melupakan memori pahit ini. Tapi, semakin aku mencuba, lagi perit yang ku rasakan. Kadang-kadang saya terfikir bahawa andai dapat aku undurkan masa, ingin sekali aku berbalik kepada zaman sekolah.
" jiyeon, sudikah awak menjadi girlfriend saya?" kata junhyung sambil menghulurkan bunga yang dipetik olehnya di taman sekolah.
" yes." aku menerima bunga tersebut. Dalam hatiku sungguh teruja kerana prince charming sekolah luahkan perasaan pada aku.
         Kami berjalan sambil memegang erat tangan masing-masing. Kami pergi berjalan hingga ke taman bersama-sama dan melakukan semua benda bersama-sama. Kami ketawa bersama-sama sambil mengongsi suka duka masing-masing.

Ketika itu, aku sungguh bahagia sekali berdamping dengannya yang sangat mencintai aku selam 4 tahun. Ke mana perginya cinta yang kita pertahankan selama ini? Secara tidak sengaja aku telah menitiskan air mataku di beranda rumahku ketika memikirkan kata-kata junhyung kepada sebulan yang lalu. Tiba-tiba telefonku berbunyi kuat sehingga lamunan ku terhenti.

Aku memerhati dari jauh iPhone yang berada di meja kecil berdekatan dengan beranda. Nama eunjung terpangpang di screen telefon. Aku mengambil telefon itu menjawabnya dengan nada yang sungguh malas.
" hello..."
" jiyeon aku nak jumpa kau sekarang."
" tapi........"
toooott....toooottt.....toooottt....

Eunjung sudah meletakkan telefonnya tanpa sempat aku mengatakan tidak. Aku mencapai beg tanganku lalu keluar dari rumah dengan segera.

Dalam perjalanan, aku memikirkan kenapa dia terburu-buru mahu berjumpa dengan aku? Ada perkara sangat pentingkah? aarrgghhh.... abaikan tentang semua itu.

*****

di sebuah kafe kecil,

Setiba sahaja di kafe, jiyeon menjengah di sekelilingnya mencari eunjung. Tapi malangnya, kawannya itu tidak sampai lagi. Dia mengambil keputusan untuk pergi mencari buku di kedai buku yang berada di hadapan kafe.

Jiyeon memasuki kedai tersebut dan menuju ke bahagian novel untuk mencari buku yang menarik untuk menghiburkan hatinya yang sedang duka.

Pelbegai jenis buku yang jiyeon ambil dari rak buku tersebut kerana kesemua buku tersebut kelihatan menarik baginya. Tiba-tiba dia ternampak novel kenangannya bersama junhyung di rak tersebut di bahagian atas.
" omo....buku tu..."
" kenapa dengan buku tu?"
" saya pernah baca dan ianya sungguh sedih."
" awak ni.... tu semua fiction lah..."
" yang fiction tu lah yang mengajar kita untuk berfikir dengan lebih jauh."
" ha??"
" macam kita... kita mesti impikan hubungan yang berkekalan...so, kita kenalah berangan-angan dan merancang masa depan."
" tak sangka girlfriend saya ni pandai berfalsafah..."
" hahhaa"
" awak nak belikan saya buku ni? so, saya akan jadi hebat macam awak."
" ok." jawab jiyeon. junhyung memeluk erat jiyeon di bahunya.

Jiyeon cuba untuk mencapai buku tersebut dengan menjengketkan kakinya dan cuba untuk memanjangkan tangannya. Tiba-tiba buku di tangannya jatuh ke lantai dan buku yang hendak dicapainya juga jatuh ke lantai.
Jiyeon cuba untuk mengutipnya dengan cepat supaya semua orang tidak memerhatinya lagi. Dtang seorang lelaki membantunya mengutip buku tersebut sehingga habis.
" awak nak buat apa buku banyak-banyak ni?" tanya yoseob
" untuk baca...sorry i have to go.." jiyeon terus pergi ke kaunter dan membayar buku-buku tersebut lalu pergi dari situ.


Ketika dia hendak melintas jalan, dia ternampak kawannya sudah tunggu di hadapan kafe sambil memicit-micit Blackberry nya. Jiyeon mendekati eunjung lalu menegurnya.
" hai, kenapa kau nak sangat jumpa aku?"
" aku nak bagi tahu kau yang tadi aku jumpa junhyung.."
" oh...ye ke?"
" sampai bila kau nak jadi macam ni jiyeon? aku tengok kau dengan jun hyung dah 4 tahun then....."
" aku tak tahu.....perasaan cinta aku terhadap dia telah bertukar menjadi benci..."
" tapi....... eehh.. jiyeon kau nak pergi mana tu?"
Jiyeon bangun dari kerusi tanpa berkata sepatah pun lalu pergi dari situ dengan pantas. Jiyeon berlari dengan pantasnya sambil mengelap air matanya yang jatuh secara tiba-tiba. Jiyeon menaiki bas dan duduk ditempat duduk yang kosong sambil menangis.

*****

Jiyeon pov,

Aku tak tahu kenapa setiap kali bercakap tentang junhyung hati aku sakit sangat dan air mata aku tiba-tiba jatuh. Mungkin kerana junhyung telah melukakan hatinya dengan parah. Bagi aku junhyung adalah insan yang paling aku sayang kerana dia telah banyak membantu aku setelah ibu bapa pergi meninggalkan aku selamanya dan sekarang junhyung juga yang telah menjadi pisau yang menusuk ke dalam hatiku dan menoreh hatiku sedalam-dalamnya. Kadang-kadang saya terfikir why did i fall in love with you?

dbsk-why did i fall in love with you


Tiba-tiba seorang lelaki duduk di sebelahku, dan aku segera mengelap air mataku kerana tidak mahu lelaki itu berfikir bukan-bukan terhadap aku.
" awak bukan ke perempuan tadi?" aku memandang ke arah kirinya untuk melihat lelaki tersebut.
" nae..."
 " kenapa awak menangis?"
" tiada apa-apa."
" owh, sorry...mungkin awak tak berapa selesa untuk berkongsi cerita dengan saya. Nama saya yoseob. awak?"
" saya jiyeon."
" awak tahu tak? Perempuan secantik awak tak perlu membazirkan air mata begitu sahaja awak tahu?"
" you don't know anything about me.."
" kalau saya teka boleh? awak mesti baru clash dengan bf awak kan?" 
Aku terus memandang muka yoseob dan air matanya mengalir di pipi dengan perlahannya. Yoseob memandang ke arah aku dan menggerakkan jarinya lalu mengelap air mata di pipiku. Dia senyum ke arah ku dan aku dapat merasakan bahawa senyuman yang diukir olehnya sungguh ikhlas.
" you have to smile....dengan senyuman kita boleh melupakan segala kesedihan dan masalah."
Aku cuba untuk senyum. Aku merasa bahawa sudah lama aku tidak senyum sejak junhyung pergi meninggalkan aku dan selama sebulan aku menghabiskan masa aku dengan menangis dan mengingati kisah silam aku dan junhyung. Bagi aku kenangan seperti itu terlalu manis untuk ditinggalkan. Akhirnya aku berjaya senyum seperti yang disuruh oleh yoseob tetapi malangnya, air mata aku tetap mengalir.
" haaaiiiissshhh....... kenapa awak still menangis...suruh senyum awak menangis pula?"
Kenapa lelaki ini terlalu baik dengan aku? atau ianya hanya mimpi? aku memejamkan mata aku lalu membukanya semula benda yang sama juga aku lihat. Aku terus berdiri dari tempat dudukku dan keluar dari bas secepat yang mungkin dan berjalan pulang ke rumah.

*****

keesokkan hari,

Jiyeon keluar dari rumahnya untuk bersiar-siar di taman untuk mengambil udara yang segar. Setelah sekian lama jiyeon tidak keluar bersiar-siar di taman sejak berpisah dengan junhyung. Baginya, dia mahu menghapuskan semua kenangannya bersama junhyung dengan membawa semua gambar-gambarnya ketika bersama untuk dibakar di taman tersebut.

Sedang dia berjalan penglihatannya terhenti pada kanak-kanak yang sedang bermain layang-layang di taman dan dilayan oleh seorang lelaki yang sungguh peramah. Tiba-tiba lelaki itu memandang ke arah belakang. Alangkah terkejutnya jiyeon bahawa lelaki itu adalah yoseob. Yoseob senyum ke arahnya dan membuatkan jiyeon terpaku di situ.

             " Omo.....adakah dia diciptakan untuk aku dan menggantikan tempat junhyung di hatiku ini?....Adakah dia juga dicipta untuk merawat luka di hati ini?...Kenapa dia selalu ada ketika aku sedang sedih?" pertanyaan ini tiba-tiba muncul di hati jiyeon.

Jiyeon ingin mengelak daripada yoseob kerana dia tidak mahu terluka buat kali kedua. Dia buat-buat tidak perasan yoseob dan menyambung perjalananya. Yoseob mengejarnya dari belakang dan menahan perjalanan jiyeon.
" kenapa setiap kali awak nampak saya je awak akan mengelak daripada saya?" tanya yoseob sambil mendepakan tangannya untuk menghalang jiyeon.
" takde apa-apa kaitan dengan awak.." jiyeon menolak tangan yoseob tetapi secara tidak sengaja yoseob memeluk jiyeon. Mereka saling berpandangan buat beberapa saat dan jiyeon menolak yoseob.
" sorry.."
" takpe.."
Jiyeon menerus langkahnya dengan laju untuk ke tempat yang tidak mempunyai banyak orang. Yoseob mengikutnya dari belakang sehingga ke sesuatu tempat yang sungguh sunyi.

Jiyeon meletakkan barang-barang tersebut di bawah dan memetik pemetik api sambil menitiskan air matanya kerana memorinya terlalu manis untuk dilupakan. Yoseob hanya memerhati jiyeon dari jauh di sebalik pokok besar.Jiyeon membakar gambar-gambar tersebut sambil menangis dengan teresak-esak.
" kenapa perlu aku jatuh cinta padamu? kenapa kau perlu hadir dalam hidup aku dan melukai hati aku?!! kenapa!!! kenapa!!! " jerit jiyeon sambil menangis disitu.
Jiyeon mengelap air matanya dengan lengan bajunya dan pergi dari situ dengan terburu-buru. Setelah jiyeon pergi, yoseob menuju ke tempat jiyeon membakar barang-barang tersebut dan mengambil salah satu gambar yang tidak sempat dibakar lalu meneliti gambar tersebut.

            " oh.... rupanya dia baru clash dengan boyfriend rupanya...." kata yoseob dalam hati.

Yoseob meletakkan gambar tersebut di dalam api yang sedang marak membakari semua memori jiyeon bersama junhyung.



*****

Seminggu selepas itu,

( lagu beast fiction dimainkan )
" hoi.... kau free tak? " tanya eunjung
" free... kenapa? "
" jom keluar.."
" ok.."
tooot....tooott....toott

Jiyeon mengambil beg tangannya dan keluar dari rumahnya. Jiyeon menunggu bas di perhentian bas. Jiyeon melihat ke kiri dan kanan untuk melihat bas yang berhenti dan melihat jam yang berwarna ungu dan dipasang dengan kemasnya di tangannya.

Setelah menunggu selama 10 minit, sebuah bas berwarna biru berhenti di hadapannya. Jiyeon memikul begnya dan naik bas tersebut. Tidak lama kemudian bas itu berhenti di perhentian bas seterusnya. Jiyeon menuruni bas tersebut dan memulakan perjalanannya ke kedai makan dengan berjalan kaki.
" hei... kenapa kau lambat sangat? "
" sorry, tunggu bas tadi.."
" jom masuk."
" jom."
Mereka masuk ke kedai makan itu bersama. Tiba-tiba langkah jiyeon terhenti apabila ternampak yoseob sedang duduk di sebuah meja makan berdekatan dengan tingkap. Eunjung menarik tangan jiyeon lalu jiyeon mengikut eunjung. Secara tidak sengaja eunjung menuju di meja yoseob sedang duduk. Jiyeon menarik tangannya daripada genggaman eunjung.
" kau nak bawa aku pergi mana?"
" aku nak kenalkan kau pada sepupu aku."
" mana?"
" tu...." eunjung menunjuk ke arah yoseob yang sibuk melihat menu.
Jiyeaon terpaksa mengikut kawannya yang sedang menuju ke arah yoseob. Sampai sahaja di meja yoseob berdiri dari tempat duduknya.
" jiyeon, ni yoseob.. Yoseob, ni jiyeon.." Yoseob menghulurkan tangannya dan melemparkan senyuman. Jiyeon menyambut salaman itu dan senyum dalam keadaan yang teragak-agak.
" so, duduklah.." kata eunjung. 
" kejap....aku pergi order di kaunter tu sekejap." eunjung pergi meninggalkan mereka berdua di meja itu.
" kenapa awak senyap je jiyeon.." tegur yoseob.
" hhhmmm.... sorry, saya seorang yang pendiam.."
" sejak bf awak tinggalkan awak? sebab tu awak jadi macam ni? " jiyeon terus memandang yoseob dengan muka yang terkejut.
"  sorrylah kalau saya buat awak marah dengan kata-kata saya. Tapi, seriously, saya tak ada niat pun.."
" no that's ok..."
" you should have fun."
" haaa???"
" jumpa saya di kedai buku hari tu malam ni."
" apa yang korang sembang? " tegur eunjung sambil meletakkan dulang makanan di atas meja.
" tak ada apa-apa." jawab yoseob sambil mengenyitkan matanya ke arah jiyeon.Jiyeon terus memandang ke arah bawah.
*****


Pada malam itu,

Jiyeon datang dan menunggu yoseob di kedai buku tersebut. Tidak lama kemudian, datang lalu terus menarik tangan jiyeon masuk ke dalam bas.
" kita nak pergi mana ni?"
" adalah "
Yoseob mengenggam kemas tangan jiyeon kerana ingin membawa jiyeon di tempat yang boleh membuat jiyeon ketawa semula.
" dah sampai..."
" fun fair?"
" ye lah."
Yoseob menarik tangan jiyeon masuk ke kawasan funfair tersebut. Jiyeon hanya mengikut yoseob masuk ke funfair.
" jom main roller coaster?"
" tak nak... saya takut.."
" saya ada... awak jangan takut.."
" hmmmm...."
Yoseob pergi ke kaunter untuk membeli tiket roller coaster dan menarik jiyeon masuk ke tempat duduk roller coaster tersebut.

*****

yoseob pov,

Sejak masuk ke dalam roller coaster kau asyik pegang tangan aku sahaja sehingga mula bergerak kau pegang erat tangan aku. Aku tahu kamu takut tapi aku saja je nak suruh kamu terhibur. Ketika kita sedang menuruni jalan yang curam awak asyik jerit je. awak men jerit tanpa henti sampai kita sudah berhenti di tempat kita mula tadi.
"kenapa awak nangis pula?"
" siapa tak nangis? takut tahu...."
" haha....."
Tiba-tiba aku nampak senyuman terukir di bibirnya sambil mengelap air matanya. Secara tiba-tiba, jiyeon bersuara.
" jom main roller blade?"
"saya tak reti lah.."
" jomlah... dah lama saya tak main...jomlah..."
" ok..."
Sepanjang kita main, awak asyik gelakan saya je sebab saya reti main. Awak pegang tangan saya pun tak ada guna sebab saya tetap akan jatuh.Saya gembira tengok awak dah mula gelak dan senyum sentiasa.

*****

Dari jauh junhyung hanya melihat jiyeon bermesra dengan yoseob. Junhyung dan kawan-kawannya menghampiri yoseob dan jiyeon lalu menarik yoseob daripada pegangan jiyeon.
"hoi...kau kenapa dengan gf aku?"
"junhyung!!!!" jiyeon menarik tangan junhyung untuk melepaskan yoseob
" kau diam jiyeon!!" menepis tangan jiyeon.
"kau ada apa dengan gf aku ha??" junhyung terus menumbuk yoseob tepat di perutnya. 
"lepaskan yoseob, junhyung!!" jerit jiyeon. Tapi junhyung tidak menghiraukan jiyeon lalu membelasah yoseob.
Jiyeon menghampiri junhyung lalu menamparnya dengan kuat. Semua orang berhenti embelasah yoseob. Junhyung memegang pipinya yang sudah mula merah.
" kenapa dengan kau junhyung? kau lupa ke yang kau dengan aku dah tak ada apa-apa hubungan dah??"
" tapi......."
"look.....WE'RE DONE!!! awak sendiri yang cakap awak bencikan saya."
Jiyeon pergi ke arah yoseob lalu memapahnya pulang ke rumah meninggalkan junhyung dan kawannya di funfair tersebut.


*****


di rumah jiyeon,
" sorry....awak kena macam ni sebab junhyung."
"tak pe.."
" awak tahan sikit ye..." sambil menyapukan ubat di pipi yoseob.
" aauuuwww...."
" sorry..... luka awak ni teruklah... jom saya bawa awak pergi hospital."
" no need.... sikit je ni..."
"sikit awak cakap.....lebam teruk ni..."
" awak ni caring kat saya rupanya..." kata yoseob sambil melemparkan senyuman ke arah jiyeon.
"iissshhh.... awak ni...dah lah...kalau nak tidur bilik kat hujung tu."
*****


keesokan harinya,


Jiyeon bangun dari tidurnya lalu keluar dari biliknya. Dia berjalan menuju ke dapur dan ternampak sesuatu benda di atas meja makannya.
" haaa? bunga? siapa yang bagi ni?" Jiyeon membelek-belek bunga tersebut dan terjumpa sebuah kad yang diselit di tengah-tengah bunga itu.
"hai jiyeon.....kalau awak baca kad ni maksudnya saya dah keluar dari rumah awak. Terima kasih kerana bagi saya tumpang rumah awak even 1 malam.."

Jiyeon menghidu bunga tersebut lalu memeluknya dan membuka balutannya dan menggubah bunga tersebut di dalam pasu kaca yang terletak berhampiran dengan ruang tamunya sambil menyanyikan lagu kumpulan t-ara iaitu yayaya. Tiba-tiba telefonnya berbunyi.
" hello.."
"hye jiyeon, awak suka tak bunga tu?"
" suka. kamsahabnida...."
"jom keluar ."
"pergi mana?"
" pergi makan."
"ok. nanti saya datang."


*****


di kedai makan,
" hai... sorry lambat..."
" takpe..saya faham.."
"apa yang awak faham?"
" perempuan.......mestilah makeup"
"eehh.... mana ada."
" ye.... tu kenyataan bukan saya reka-reka."
" awak ni..... pandai menuduh orang."
" awak ni comel lah.."
" haa?"
" tak ada apa-apa....... awak..."
"apa?"
" sudikah awak jadi girlfriend saya?"
"ha?"
" saya serious ni.."
Jiyeon mengangguk setuju. Yoseob memegang tangan jiyeon di atas meja. Tiba-tiba junhyung datang dari belakang dan menarik tangan jiyeon.
" junhyung, apa ni?"
" ikut saya sekejap. Saya nak cakap something." 
Junhyung menarik tangan jiyeon hingga ke seberang jalan dan jiyeon melepaskan tangannya. Mereka berhenti di hadapan sebuah kedai baju. Yoseob hanya memerhati mereka di hadapan kedai makan tadi.
" Apa yang awak nak dari saya? siap bawa saya sampai lintas jalan semua ni?" junhyung memegang kedua-dua tangan jiyeon.
" saya masih cintakan awak jiyeon. saya tak boleh hidup tanpa awak. tolong lah kembali kepada saya."
" dah terlambat junhyung."
" kenapa? sebab awak dah ada lelaki tu?"
" yes...dan saya cintakan dia."
Jiyeon melepaskan tangannya daripada genggaman junhyung. Jiyeon berjalan melintas jalan untuk kembali kepada yoseob. Tiba-tiba, junhyung mengeluarkan pistol dari poket seluarnya dan mengacukan kepada jiyeon.

BANG!!!!!

Yoseob pov,

Aku berlari ke arah jiyeon yang ditembak di tengah jalan. Aku memeluk jiyeon dengan erat sekali dan aku melihat sekeliling bahawa kelibat junhyung sudah tidak kelihatan. Aku takkan lupakan perbuatannya terhadap jiyeon.
" yoseob...... saya minta maaf kalau saya ada buat salah pada awak."
"tak...awak tak pernah buat salah pada saya."
" saya happy dapat jadi girlfriend awak walaupun dalam masa 30 minit."
" saya panggil ambulans."
"takpe.... saya penat lah saya rasa saya nak tidur."
" no. jiyeon...awak tak boleh tidur."
" yoseob......saya sejuklah..."
Saya peluk awak dengan erat sekali supaya awak rasa panas dan awak takkan tinggalkan saya.
" terima kasih, yoseob."
Jiyeon menghembuskan nafasnya yang terakhir di dakapan aku. Air mataku mengalir dengan lajunya kerana jiyeon adalah perempuan yang special bagi aku. Mengapa perlu awak tinggalkan saya....

Saya jerit nama awak banyak kali. Kenapa awak tidak bangun? saya goncang badan awak, kenapa awak tak bagi respond? Aku menangis dan menangis dan terus menangis walaupun baju saya penuh dengan darah awak.


TAMAT

*****