LET YOU GO


ni...cite ketiga aku...x tau lah bes ke x....sbb aku bosan je n saje2 tulis..try enjoy..


di sebuah pejabat,
"park bom...siapkan file ni ye..sebab file ni penting untuk meeting esok."
"tapi saya ada banyak kerja lagi nak buat."
"apa? saya tidak dengar lah..btw,benda ni esok siap."
"how about my work?"
"mana lah aku tahu...tugas aku bagi file ni dekat kau je..jangan lupa hantar design tu esok..bye.."
"hissshhhh......aku benci boss tu.."
Sepanjang hari park bom berada di office nya untuk menyiapkan file tugasan yang diberi kepadanya.Park bom tidak heran tentang cerita-cerita hantu yang diceritakan oleh kawan-kawan pejabatnya tentang suasana pejabatnya ketika waktu malam.Park bom sedang fokus melakukan kerjanya tiba-tiba bunyi sesuatu jatuh berhadapan dengan pejabatnya.Dia melihat melalui tingkap,tetapi tidak nampak apa.
"tabah..park bom..jangan pedulikan kata-kata orang.."bisik hati park bom untuk menenangkan hatinya.
Tiba-tiba,bunyi itu semakin kuat.Dia sudah tidak senang hati lalu mengambil keputusan untuk melihat di luar biliknya.Dia berjalan perlahan-lahan sambil memegang lampu suluh kereana lampu tiba-tiba terpadam.Sedang dia berjalan,sesuatu benda telah jatuh lalu bergolek ke arahnya.
"benda apa pula ni..."bisik hati park bom kerana curiga.
Dia mengambil keputusan untuk menuju ke arah benda yang bergolek ke arahnya itu.Secara tidak sengaja dia telah menuju ke arah sebuah meja yg sungguh gelap kerana bunyi yang bising itu datang daripada meja tersebut.Tiba-tiba langkah park bom terhenti kerana terlihat seperti kelibat hitam sedang membuat bising di bawah meja tersebut.Park bom bersuara kerana ingin memastikan bahawa itu orang ataupun benda lain.
"siapa tu?"tapi malangnya,tiada balasan daripada 'orang' itu.
"siapa tu?tolonglah jangan main-main.."katanya untuk menghilangkan takutnya.
Tiba-tiba benda itu bangun dan mengambil langkah menghampiri park bom.Semakin benda itu menhampirinya,semakin kebelakang park bom mengambil langkah.Sehingga park bom terlanggar meja lalu langkahnya terberhenti di situ.Semakin benda itu menghampirinya park bom segera menutup mata dan berharap benda itu pergi dari situ.
"owh...orang rupanya.."benda itu bersuara.Park bom terus membuka matanya setelah terdengar suara tersebut dan menghembuskan nafasnya dengan panjang tanda lega.
"huh.......awak siapa?awak buat apa malam-malam ni dekat office?"tanya lelaki itu.
"iissshhh...sepatutnya saya yang tanya awak,awak tahu tak awak telah menakutkan saya..nasib baik saya tidak ada sakit jantung.."kata park bom sambil mengurut-urut dadanya.
"ok..ok...i'm sorry..saya tengah cari sesuatu di bilik saya..apa kata,saya belanja awak minum di cafe sebagai tanda minta maaf saya?"
"hhmmm....ok...lagipun kerja saya dah nak habis..esok sempat kot.."kata park bom lalu masuk ke biliknya mengambil beg dan kerja-kerjanya.



di sebuah cafe..
"so.....awak bekerja di syarikat itu juga?"tanya lelaki tersebut.
"yes"
"kenapa saya tidak pernah nampak awak pun..." 
 "memang lah..sebab saya tidak pernah keluar dari bilik saya."
"kenapa sampai macam tu sekali?"
"sebab saya banyak kerja..asyik-asyik kawan saya masuk bilik suruh saya siapkan kertas kerja."
"awak kerja bahagian mana?"
"owh...i'm a designer..awak?"
"saya pemasaran..."
"owh....saya rasa bengang pun ada dengan boss saya tu..."
"kenapa pula?"
"sebab dia cakap kerja tu boss yang bagi.takkan berlambak macam tu?gila ke?? dah la nak esok juga,ingat aku ni robot ke??bodoh!!!"katanya sambil menggengam sudu dengan kuat tanda marah.
"siapa boss awak?"
"choi seung hyun."jawab park bom sambil minum air tersebut.Lelaki tesebut terus membuat muka geram keran namanya disebut sebagai orang bodoh.
"mungkin dia ada kerja lain nak buat,sebab tu lah dia bagi awak kerjanya supaya awak tolong dia siapkan.."
"dia ada kerja lain??please lah...jangan lah bagi saya...sebab saya designer je bukan pemasaran..sepatutnya awak yang tolong dia sebab awak bahagian pemasaran.Lagipun orang semua cakap dia tu kerjanya goyang kaki sahaja di pejabat."jawabnya dengan panjang lebar.
"mana ada dia goyang kaki....dia buat kerja awak tahu.."katanya ingin membela dirinya
"yang kau ni nak bela dia kenapa?awak ni dah kena rasuah ke?"
"taklah...ok..kita tukar topik ok?"
"okey lah..aku tak boleh lama kat sini kerja boss bodoh tu tak siap lagi...nanti esok mengamuk macam orang gila pula di pejabat."
"tapi air awak banyak lagi..."
"takpelah..lagipun awak yang nak belanja..saya betul-betul kena pergi..bye..jumpa di office nanti."kata park bom sambil melambaikan tangannya.
"bye..."balasnya sambil melambaikan tangannya.


Seung hyun pov
 "takkan dia tidak kenal CEO syarikatnya sendiri?maybe dia pekerja aku yang baru.."
    Aku menungkat daguku memikirkan apa yang dicakap oleh perempuan itu tadi.Bila aku fikirkan elok-elok betul juga apa yang perempuan tu cakap aku bukannya buat apa pun dalam bilik aku asyik suruh pekerja aku yang buat...

finish seung hyun pov




keesokkan hari,
"alamak!!!!aku dah lambat!!!"jerit park bom sambil bergegas ke pejabat kerana takut bossnya marah.
Park bom memandu keretanya dengan laju ke pejabat.Setiba sahaja dia di pejabat,chae rin sudah tunggu di hadapan pintu pejabatnya.
"hoi...kenapa kau lambat?"
"aku terbangun lambat lah...lagipun semalam aku siapkan kerja kau ni.."
"dah.aku tak nak dengar alasan kau lagi..mesyuarat dah nak start and i need that work now!!"
"nah..sory"
 Chea rin merampas kertas kerja itu lalu berjalan dengan lajunya ke arah bilik mesyuarat.Park bom pun segera masuk ke biliknya lalu menyiapkan kerjanya yang belum siap lagi.Setelah beberapa jam, pintu pejabatnya diketuk dengan perlahannya.Tapi disebabkan park terlalu sibuk dengan kerjanya sehinggakan tidak dengar ketukan itu.
"wow...sibuknya awak... sampaikan saya ketuk pintu awak,awak tidak perasan."seung hyun datang ke meja park bom
"ehh...awak..macam mana awak boleh cari saya dalam syarikat yang besar ni?"
"senang je...awak satu-satunya designer dalam syarikat ni...lainlah kalau awak bahagian pengeluaran atau pemasaran macam saya.."katanya sambil membelek-belek baju rekaan park bom.
"boleh pula macam tu.."
"so,malam ni ade apa-apa kerja?"
"rasenya takde kot...nape?"
"jom dinner dengan saya.."
"ok.." 

di restoran,seung hyun pov,
"hai mana pula perempuan nie.."aku mengeluh panjang kerana sudah setengah jam menunggu di restoran.
    Disebabkan menunggu perempuan yang aku tidak tahu nama itu aku sanggup tunggu dia punya lama kat sini?apa dah jadi dengan aku ni?tapi dia tu macam istimewa je..takpe lah tunggu lama-lama.


park bom pov,

   apa baju yang aku nak pakai ni...aku dah lambat dah ni.dengan bilik aku yang tak rupa bilik dah aku tengok.Satu-satu baju aku dah try,tapi semua tak kena lah.Aku membuka sebuah kotak yang diberi oleh kawanku pada hari jadi aku yang sudah lepas.

    oh yeah!!!dah jumpa....baik aku paki cepat-capat nanti aku tak boleh tunjuk kecantikkan aku dekat lelaki no name tu..

    yeah!!! dah cun dah aku ni..hehehe..



di restoran,
"hai,sorry lambat...jalan jamed tadi.."
"banyak lah awak punya jamed saya jalan tadi ok je.."
"apa-apa jelah..."
"nak makan apa?"
"apa-apa je.."
"ok."
Sementara menunggu makanan tiba keadaan mereka sunyi sepi masing-masing tidak mahu bercakap sesama sendiri.Akhirnya seung hyun memebuka mulut dan bertanya kepada park bom.
"so....dah lama kita berjumpa tapi saya tidak tahu nama awak pun.."
"owh....nama saya lee park bom. you can call me park bom."
"owh...okey now i can call your name."
"hahaha...so, you are?"
"just call me top.."
"full name?"
"no...i doesn't like people call my full name."
"okey...."
"i've never seen someone beautiful like you.."
"mana ada..ramai lagi yang cantik dari saya.."
"saya tak pernah nampak awak di syarikat tu.."
"kan saya dah cakap..saya banyak kerja dan tak pernah keluar dari bilik saya." 



keesokan hari,

park bom sudah selesai menyiapkan design nya untuk di periksa oleh bahagian pengeluaran.Sedang dia menuju kearah meja pengerusi bahagian pengeluaran,chae rin menahannya lalu menghulurkan sebuah file yang banyak.
"apa ni chae rin?"
"ni file lah...kau buta ke?"
"ye lah..nak suruh aku siapkan?"
"hoi....jaga sikit mulut kau tu..aku dah siapkan kau tahu..aku nak suruh kau hatar di meja CEO sekarang.."
"seung hyun??"
"ye lah..."
"mana bilik dia?"
"tingkat tujuh belok kanan."
"ok.nanti saya hantar,saya nak ke bahagian pengeluaran sekejap."
"tak...saya nak awak hantar sekarang."
"tapi....."
"takde tapi,tapi...saya nak sekarang!"
"ye lah.."
Park bom mengangkat file yang banyak itu terus naik lif ke tingkat tujuh.Dia menuju ke sebuah bilik yang transparent.Dia melihat sekeliling,bagaikan tiada sesiapa di tingkat tersebut.

Park bom membuka pintu bilik tersebut lalu meletakkan file-file yang diarahkan.Sementara prk bom meletakkan file tersebut,dia terpandang ke arah dinding dan ternampak gamba top besar digantung di dinding.Alangkah terkejutnya park bom melihat gambar tersebut kerana selama ini dia mengejek-ejek bosnya di hadapan bosnya sendiri.Park bom terus keluar dari bilik tersebut sambil menutup mukanya kerana malu dan berjalan laju menuju ke biliknya.


"betul ke gambar yang tergantung tu gambar top yang selama ni aku kenal?"kata park bom sambil memengang erat pen dengan menggigil.
Tiba-tiba pintu biliknya diketuk dan pen yang dipegang erat tadi terjatuh ke bawah akibat terkejut.
"masuk.."
"hoi,kau tengah buat apa tu?"
"tengah siapkan design ni.."
"nah ni file design kau.."
"kenapa pulangkan balik?"
"tak..kau kena buat pembentasan hari ni jugak.."
"hari ni??!!!"
"i mean sekarang.."
"ha?!"

di bilik mesyuarat,

Park bom mengetuk pintu bilik mesyuarat dengan perlahan lalu memulas tombol pintu tersebut.Alangkah bertambah terkejutnya dia apabila melihat top sedang duduk di kerusi CEO ditambah lagi dengan gambar top besar di ruang tengah dinding mesyuarat.
"saya datang nak membentangkan rekaan saya yang terbaru."
"ok..silakan masuk park bom."kata seung hyun atau top.
"sah dia ni top..sebab dia tahu nama aku.."bisik hati kecil park bom sambil menelan air liurnya.






setelah selesai mesyuarat,

Park bom segera bejalan dengan lajunya sehinggakan tidak menghiraukan oarang di kiri dan kanannya.Park bom terus masuk ke dalam biliknya dan duduk di kerusinya sambil mengenggam kedua-dua tangannya kerana takut.
"apalah aku ni...kalau aku tau tu dia..aku takkan kutuk depan-depan"
pintunya diketuk
"masuk."
"hai park bom."
"ermm....hai,encik seung hyun."
"tak payahlah panggil nama penuh saya.kan saya dah cakap saya tak suka..."
"ye lah..lepas tu orang semua tengok saya kan..sebab takde siapa panggil awak top tibe-tibe saya sorang panggil awak top."
"takpe lah...saya tak marah."
"yelah..awak tak marah..orang yang tak tahu apa-apa...mereka akan marah saya."
"ok...kalau macam tu..."
Top menarik tangan park bom keluar dari biliknya ke hadapan orang ramai sementara park bom pula menjerit kesakitan kerana top memegang tangannya dengan erat sekali. Apabila sudah sampai di hadapan orang ramai,top menepuk tangannya menyuruh agar semua orang memberi perhatian kepadanya.Bila semua orang sudah memandang ke arahnya,top mula membuka mulut lalu memberi pengumuman.
"okey...semua pekerja-pekerja saya,saya ada pengumumam yang penting saya nak buat sekarang ini."top melutut di hadapan park bom.
"ishh...bangunlah nanti orang ingat saya buat awak jadi macam ni"
"takpe biarlah orang nak cakap apa pun."
Top memasukkan tangannya di poket seluarnya,lalu mengeluarkan sebuah kotak berwarna hitam lalu membukanya dengan perlahan.Alangkah terkejutnya park bom apabila mendapati bahawa isinya ialah sebentuk cincin yang sungguh cantik.
"will you marry me?"
"yes."jawab park bom sambil menitiskan air mata gembiranya.Top menyarungkan cincin ke tangan park bom.Semua orang di pejabat itu menepuk tangan dengan gemuruhnya.



beberapa minggu kemudian,

Mereka menjalankan perkahwinan mereka di sebuah gereja yang besar ramai orang datang ke majlis perkahwinan mereka.

Perkahwinan mereka berjalan lancar,apabila paderi sudah mengisytiharkan mereka sebagai sepasang suami isteri,mereka saling menukar cincin perkahwinan mereka dan memeluk sesama mereka.Mereka keluar dari gereja lalu park bom membalingkan bunganya dari arah belakang.Mereka menaiki kereta pergi bersiar-siar.







beberapa bulan kemudian,
"APA??!!!!" jerit park bom kerana terkejut.
"ye...saya harap puan bersabar ke atas dugaan ini."kata doktor dengan lemah.
Park bom berjalan dengan lemah sambil menangis.Park bom terduduk di atas sebuah kerusi dan menangis dengan teresak-esak memikirkan nasib suaminya yang dalam kesusahan.Dia memikirkan bagaimana hendak membantu suaminya itu kerana masa semakin singkat.

Setiba sahaja di rumah,Park bom terus mencampakkan beg tangannya di atas katil lalu menghempaskan badannya di atas katil yang empuk itu untuk merehatkan diri seketika sementara menunggu kepulangan suaminya.Tiba-tiba terdengar pintu rumahnya dibuka,dia segera bangun dari katilnya untuk menyambut kepulangan top dari kerja.
"Top,we need to talk."
"about what?nampak serius je.."
"memang pun."
"tentang apa?"
"tentang pemeriksaan kesihatan awak."
"dah keluar ke?apa keputusannya?"
"awak.....awak...."
"cakap je lah."
"awak menghidap multipus scerosis."
"awak hanya ada masa 2 bulan je.i'm sorry."tambah park bom
"no...not your fault.macam mana penyakit tu?"
"awak akan hilang keupayaan sikit demi sedikit dan awak....."
"mati..."jawab top dengan lemah.Park bom mengangguk perlahan sambil menitiskan air mata.Top memeluk park bom untuk meredakan kesedihannya.
"kalau saya dah sakit nanti....awak tak akan tinggalkan saya kan?"
"never...b'coz i love you so much..." 
"i akan jaga u sampai akhir hayat i.."tambah park bom.Top hanya tersenyum lega.


beberapa minggu kemudian,

Top sudah hilang keupayaannya untuk berjalan.Top hanya mampu terbaring di atas katil di hospital dan kalau dia ingin kemana-mana park bom akan membantunya untuk duduk di atas kerusi roda dan menyorongnya. Top tidak mampu melakukan apa-apa pekejaan hanya park bom mengambil alih syarikat tersebut dan bekerja keras untuk suaminya.Park bom selalu melakukan kerja dengan pantas kerana ingin berada di hospital untuk menjaga top.Top hanya mampu melukis sahaja hobinya di hospital.
"hai....apa awak tengah buat tu?" sergah park bom dan top pula cepat-cepat menyembunyikan buku tersebut.
"nothing..."
"jom.kita pergi jalan-jalan."
"jom."
Park bom membawa top bersiar-siar di sekitar taman di hospital tersebut.Park bom duduk di atas kerusi kayu yang telah tersedia di situ.
"tidak lama lagi nak krismas."kata park bom
"yup...saya rasa,saya tidak sempat nak sambut bersama awak."
"kenapa pula?"
"tidak lama lagi saya akan mati.."
"jangan cakap macam tu.....awak akan sambut krismas dengan saya.awak takkan pergi mana-mana"
"encik seung hyun,awak kena pergi melakukan kimoterapi sekarang."panggil seorang jururawat.
"ok....sayang...saya kena pergi."jururawat tersebut menyorong top ke tempat kimoterapi meninggalkan park bom disitu sambil menangis.



di pejabat,

Park bom memikirkan tentang bagaimana ingin menyambut krismas bersama top semasa di pejabat. Dia terus mengambil beg tangannya dan kunci kereta lalu meninggalkan syarikatnya untuk menuju ke hospital.Ketika dalam pejalanan hendak ke hospital,dia terserempak dengan sebuah kedai yang menawarkan pembelajaran untuk membuat cupcake yang comel dan sedap.Park bom mendapat idea untuk mencuba untuk membuat cupcake tersebut.Park bom membeli buku resepi dan pokok krismas yang kecil untuk diletakkan di halaman hospital untuk memberi kejutan kepada top.


Park bom pov,

   penatya buat cupcake ni....tapi takpe demi top aku sanggup buat apa sahaja.aku terus mengambil buku lalu mencuba untuk membuat cupcake yang comel untuk top.





di hospital,

Park bom masuk ke dalam bilik top dan mendapati top sedang melukis sesuatu bersama bukunya.Apabila park bom menghampiri dia,top cepat-cepat menyembunyikan buku tersebut di bawah bantal.Park bom tidak mahu mencari gaduh bersama suaminya kerana dia sedar bahawa dia mesti merawat suaminya sementara dia masih hidup.
"top,jom..."
"nak pergi mana?"
"adalah...."
"la...saya malas lah..."
"alaaa......jom lah..."pujuk park bom sambil menggoncang-goncang badan top.
"ye lah..."
"ha...macam tu lah."park bom memanggil jururawat untuk menolongnya mengangkat top ke kerusi roda.
"kita nak pergi mana ni?"tanya top kerana dari tadi tidak sampai-sampai.
"sekejap je lagi."
"ya....kita dah sampai dah."kata park bom sambil memberhentikan kereta roda top.

Park bom membuka kain yang menutupi sesuatu.Apabila park bom menarik kain tersebut terlihatlah sebuah pokok krismas yang kecil dan penuh dengan cahaya.
"sekarang kita sambut krismas sama-sama"
"tapi...belum krismas lagi..."
"yela....biarlah kita sambut sekarang...just two of us."
"park bom.."
"yes."
"thank you..kerana bersusah payah buatkan semua ni untuk saya."kata top sambil memegang tangan park bom dengan erat.
"ada lagi..."
"apa?"
"nah.."
"sejak bila awak reti buat cupcake ni?"
"sejak i tahu u suka cupcake."
"nampak macam sedap."
"memang sedap pun...cubalah rasa.."
"hmmmm.....terima kasih sangat.."kata top sambil menitiskan air mata.
"kenapa awak nangis?"
"saya happy dapat isteri macam awak."
"kan saya dah janji,saya akan jaga awak hingga akhir hayat saya."
"sepatutnya saya sebagai suami yang jaga awak."
"tak pe..saya tak kisah langsung..saya happy bila awak happy"kata park bom sambil memeluk top dari belakang.






keesokkan hari,

Park bom tidur di hospital bersama top kerana dia ingin menemaninya seperti yang telah dia janjikan kepada top.Park bom terjaga kerana telefonnya berdering dengan kuat.Dia mengambil telefonnya lalu melihat mesej yang sampai.

"Park bom,maaf kerana menganggu awak.awak ada meeting petang nanti bersama lee joon."

"laa.....ada meeting la pula.."rungut park bom dalam hati.Park bom membalas mesej tersebut.

"ok.tengoklah..kalau saya tak datang nanti saya sibuk jaga suami saya."

Park bom menyimpan telefonnya di dalam beg tangannya.Dia mengambil keputusan untuk menanya top tetang meetingnya patut ke dia pergi atau menjaga top.
"top...top...saya nak tanya,patut ke saya pergi meeting tu?" tanya park bom sambil mengejut top
"tak...tapi kalau boleh saya tak mahu pergi.sebab saya nak duduk sini jaga awak."tambah park bom lagi.
Sudah setengah jam park bom mengejut top,tapi top tidak bangun menyedarkan diri.Tiba-tiba park bom terpegang tangan top dan mendapati bahawa tangannya sudah sejuk seperti mayat.
"top...kenapa tangan awak sejuk ni?" jerit park bom.tapi, top masih tidak bangun.Park bom terus menekan butang di kepala katil.
Beberapa jururawat bersama seorang doktor masuk bersama peralatan mereka.Seorang daripada jururawat menyuruh park bom keluar dari wad tersebut kerana mereka ingin merawat top.Park bom menangis teresak-esak di kerusi berdekatan dengan wad di mana top sedang dirawat.


Tiba-tiba jururawat-jururawat tersebut menyorong katil bersama orang yang ditutupi dengan kain putih.Park bom menuju ke arah katil yang disorong tersebut lalu menyelak kain putih tersebut dan mendapati bahawa mayat tersebut adalah top.Park bom terus terduduk di lantai sambil menangis dengan teresak-esak.


Balik dari upacara pengebumian top,park bom menuju ke hospital untuk mengemas barang-barang top yang ada untuk membakarnya.Sedang dia mengemas dia teringat akan buku yang top selalu pegang.Park bom mengangkat bantal tersebut lalu menjumpai sebuah buku.Park bom membuka buku tersebut lalu terterabur kertas-kertas di atas lantai.Dia cepat-cepat mengutipnya kembali dan mengangkat semua barang-barang ke dalam kereta .












Setiba sahaja di rumah,park bom meletakkan barang-barang tersebut di atas lantai.Dia terus mengambil buku tersebut dan mula melihat kertas-kertas tersebut.Air matanya jatuh kerana kertas-kertas tersebut adalah hasil lukisan top sendiri pada saat-saat terakhirnya dan lukisa-lukisan tersebut menggambarkan park bom sahaja.Park bom teruskan menyelak helaian buku tersebut dan menjumpai hasil tulisan top makin hari makin buruk tulisannya dan ada puisi cinta yang top mengambil daripada buku-buku yang dia pernah baca.Akhirnya,hanya ada tulisan yang tidak habis ditulis kerana top sudah hilang keupayaan untuk menggerakkan tangannya lagi.Park bom hanya mampu menangis di atas katil.


















tiba-tiba park bom terjumpa beberapa gambar ketika mereka bercuti bersama dan menjadi kenangan terakhir mereka berdua.Bagi park bom,cintanya tidak akan diganti selain top.




the end...