on rainy days...




angapkan gamba2 diatas adalah pelakon untuk cerita ini....ini kali pertama ak menulis cerita ni..ini pun sebab ak bosan x tau nak wat pe da...maybe cite ni x bes sngt sebab ak bukannye dilahirkan untuk mnjdi seorg penulis atau lebih detail lagi,ak x de seni lansung sebagai penulis....hahaha...enjoy it..gamba yang pertama-gi kwang,yoona,g-dragon/ji yong(real name),jun hyung,hyuna.nie pown bukan origanally ak nyer idea pown..ak cilok kt epop skit2 n ak tokok tambah la...

hello...nie bukan nak cerita pasal aku pun..korang bukan nak tau pasal aku pun kan..kite start je la cite nie...enjoy it..


di seoul,


yoona dan ibunya baru berpindah ke seoul setelah 15 tahun tinggal di german bersama atuknya.yoona menolong ibunya mengangkat beg yang banyak masuk ke rumah dan melihat sekeliling rumah yang besar itu lalu bertanya kepada ibunya,
         "mak ni rumah siapa?" 
         "Ini rumah kita la...kenapa tanya??" yoona menggelengkan kepalanya lalu mengangkat barangnya menaiki tangga ke tingkat atas untuk memilih bilik.
yoona meletakkan begnya lalu melabuhkan punggungnya di atas katil yang sungguh empuk.Sedang yoona menikmati keselesaan katil tersebut dia terpandang di sebuah pintu dan dia tidak menyangka bahawa dalam bilik itu mempunyai beranda dan berdekatan dengan pantai dan laut...sedang yoona menikmati angin yang meniup dengan lembut keadaan yang tenag itu dipecahkan oleh suara ibunya yang memanggil-manggilnya .
"kenapa mak pangil saya?" 
"mak nak pergi kedai beli barang untuk makan malam nanti,kamu jangan kemana-mana sebab kamu bukannya tahu selok belok di seoul ni..nanti sesat."jelas ibunya yang panjang lebar..
apabila ibunya sudah keluar..dia mula memikir "kalau ak keluar dan bersiar-siar di kawasan bedekatan tak sesat kot.."


sedang yoona seronok bersiar-siar tiba-tiba dia melihat sekelilingnya," aku kat mana ni...jauhnya aku berjalan..macam mana nak balek kalau dah jadi macam ni?hari da semakin gelap pula tu.." mengungutnya semdirian..yoona berjalan di sebuah lorong yang agak gelap.sedang dia melalui jalan itu terdapat tiga orang yang menghampirinya dari arah bertentangan dan berkata
"mahu ke mana malam-malam ni?jom ikut kami,kami akan bawa kamu ke syurga...hahaha(gelak setan)" kata salah seorang dari lelaki itu.
 yoona berfikir kalau dia jalan mengundur hingga ke tempat yang terdapat orang ramai boleh lah dia meminta tolong.tetapi malangnya,apabila yoona melakukan itu langkahnya terberhenti apabila dia terlanggar seorang lelaki yang merupakan salah seorang dari mereka...
"mati lah aku...aku dah kene kepung"yoona mengungut dalam hati.
 tiba-tiba terdengar suara seseorang yang datang dari sebuah benteng "hoi!! lepaskan perempuan tu!" lelaki yang berkaca mata itu terjun dari benteng itu terus ke hadapan yoona macam spiderman.lelaki tersebut menyuruh yoona melarikan diri.yoona melarikan diri sehingga tiba di sebuah kedai dia terus menelefon ibunya untuk mengambilnya..di dalam kereta,yoona mengelamun ke luar tingkap memikirkan lelaki tersebut yang telah menyelamatkan dirinya.
"apa yang dah jadi pada lelaki tadi???dia teruk kena belasah ke??ataupun dia dah mati??kalau dia dah mati,nanti aku kena tangkap polis ataupun dia dah jadi hantu dan ganggu aku... TIDAKKKK!!!!" yoona bermonolog sendirian sambil memandang ke luar tingkap dan tidak mengendahkan ibunya yang sedang membebel.
 keesokan hari,
     "haaiiissshhhh.....penatnya kena pergi ke sekolah jalan kaki,tambahan pula dengan memakai baju sekolah pula tu.di german tak usah susah payah pakai baju ni,bebas je..." 
 sambil yoona mengeluh panjang,dia tidak perasan bahawa dia telah tersepak sesuatu.tiba-tiba dia terdengar bunyi benda jatuh di tepi longkang.yoona menghampiri dengan bunyi tersebut dan ternampak sebuah cermin mata.
"siapalah yang membuang-buang cermin mata mahal ni...aku ambillah" yoona melihat sekeliling dan mendapati bahawa ini laluan semalam yang dia lalu.
"jadi ni mesti cermin mata lelaki yang telah menyelamatkan aku semalam"yoona mengambil cermin mata tersebut lalu menyipannya di dalam beg sekolahnya.
                     


di sekolah,
    yoona berjalan di hadapan sebuah kelas sambil memerhatikan kelas tersebut yang sangat bising.ji yong bersama rakan-rakannya jun hyung,cL dan hyuna sedang mengagganggu beberapa pelajar yang sedang mengulangkaji pelajaran.gi kwang pula,termenung di luar tingkap tanpa menghiraukan suasana kelas yang huru-hara seperti seoul dilanda gempa bumi...tiba-tiba suasana kelas menjadi sunyi sepi ketika guru dalam perjalanan hendak masuk ke kelas.semua pelajar lelaki tidak sabar menanti kedatangan guru tersebut kerana mereka mendengar khabar bahawa ada seorang pelajar perempuan bakal masuk ke kelas mereka.guru tersebut memperkenalkan yoona kepada rakan-rakan kelas.
"baik pelajar,ni pelajar baru di sekolah kita namanya,yoona"kata guru kelas tersebut.
"hai,nama saya yoona.sila beri tunjuk ajar"
"ok.murid-murid yoona baru berpindah dari Jerman.mungkin sebutan dia tak berapa jelas.yoona,awak boleh duduk di sebelah gi kwang"
 yoona menuju ke sebelah gi kwang lalu duduk dengan selesa.gi kwang memandang ke sebelahnya kerana tiada siapa mahu duduk di sebelahnya selama ini.apabila gi kwang memandang yoona,yoona melambai tangan dengan riangnya sambil melemparkan senyuman yang sungguh ikhlas tapi malangnya,tidak dihiraukan oleh gi kwang.gi kwang memandangnya lalu sambung melihat di luar tingkap.yoona menjenguk di lua tingkap sambil membuat muka yang annoying
 "apa yang dia termenung tu? tak ada benda yang menarik pun di sana....huh..."
"ok para pelajar,sila beri tumpuan kerika saya mengajar..."kata guru itu.Tapi keadaan kelas seperti tiada minat lansung ingin belajar,ada yang sedang tidur,bersembang dan macam-macam lagi.



sewaktu rehat,
       pada waktu rehat semua pelajar lelaki mengambil peluang untuk mengenal yoona dengan lebih dekat lagi.semua berkerumun dekat yoona smbil melemparkan pertanyaan seperti hujan.yoona hanya melayan kerenah pelajar-pelajar lelaki tersebut.tidak lama kemudian,gi kwang menggangkat punggung lalu beredar dari situ.yoona berasa pelik,lalu mengekori gi kwang dari belakang.secara tidak sengaja,yoona telah mengekori gi kwang hingga ke rooftop sekolah.gi kwang memandang ke arah sebuah bangunan sehingga tidak perasan bahawa yoona telah mengekorinya dari tadi.yoona menghampiri gi kwang lalu bertanya
"kenapa kamu asyik memandang ke sana? ada apa-apa yang menarik ke di sana?"soalnya ingin tahu.
"tak payah nak menyebok hal orang la..buat hal sendiri cukup!"jawabnya dengan garang
Secara tidak sengaja,yoona ternampak kesan lebam di bibir gi kwang.
"kenapa bibir kamu lebam sampai macam ni?teruknya.."sambil membelek-belek muka gi kwang.
Gi kwang menepis tangan yoona kerana rimas.Dia tidak suka orang memegang mukanya dan rambutnya. Tambahan pula yoona seorang perempuan lagilah dia rimas.
"semalam aku selamatkan perempuan bodoh yang lalu di lorong yang gelap malam-malam"
yoona memandang langit sambil berfikir, jadi dia lah yang menyelamatkan aku semalam..APA???dia cakap aku perempuan bodoh??!!!
"jadi cermin mata ni kau punya la?"yoona mengeluarkan cermin mata yang dia jumpa pagi tdi dari begnya.
Gi kwang melihat tangan yoona yang sedang memegang cermin matanya.
"kau simpan jelah cermin mata tu.Lagipun aku dah beli baru"
"tapi ni barang kau....."
"simpan je...kalau tak suka,buang je...kan senang??"jawabnya dengan selamber...
waktu persekolahan sudah tamat apabila loceng dibunyikan.yoona mengemas barang-barangnya ke dalam beg sekolahnya.Apabila sudah selesai kemas,dia melihat di tepinya dan mendapati gi kwang sudah tiada di sebelahnya lagi...



"laaaaa.....dah hujan pula...kenapa tiba-tiba je hujan,aku tak bawa payung pula...kene la jalan basah kuyup balik rumah"yoona mengeluh panjang
Sedang  yoona dalam perjalanan pulang dengan keadaan yang basah kuyup,sebuah motosikal yang besar telah berhenti di sebelahnya.yoona melihat ke arah lelaki itu,siapa laki ni?helmet hitam pula tu..aku tak nampak la...Lelaki tersebut membuka cermin helmetnya.Alangkah terkejutnya yoona bahawa lelaki tersebut adalah gi kwang.
"nak tumpang tak?"tanya gi kwang
 "kenapa tiba-tiba saja awk nak bagi saya tumpang?"
"tak nak tumpang sudah...jalanlah awak biar basah lencung kat situ.."
"eehh...nak...nak..."jawabnya dengan laju kerana tidak mahu keadaannya bertambah teruk.
Gi kwang memberikan helmet kepada yoona lalu beredar dari situ.Dari jauh terdapat sebuah kereta ferrari sedang memerhatikan mereka.
"akhirnya kita dah jumpa kelemahannya..hahaha...." kata ji yong kepada rakan-rakannya. Mereka pun beredar dari situ
"dah sampai sini je aku boleh tumpangkan kau.turunlah..."
"sampai sini je ke?"
"ye la..rumah kau lorong kanan,rumah aku pula lorong kiri.takkan aku kena hantar kau sampai rumah,lepas tu aku balik rumah aku....membuang masa aku je..."
"ooohhhhh....okey lah....terima kasih..."dengan rasa berat hatinya yoona turun dari motor itu.
Gi kwang pun berlalu dari situ."takpe lah...hujan pun dah tak berapa lebat macam tadi. at least ada orang nak tumpangkan daripada tiada." kata yoona dalam hati.






keesokan hari,
"gi kwang jom keluar dengan aku.....aku nak balas budi kau.so, aku nak belanja kau makan.nak tak?"
"malas lah.....akuada banyak kerja yang aku kena buat"
"ala....sekejap je...boleh la..."
"aku kata tak nak...tak nak la!!!"gi kwang beredar dari situ meninggalkan yoona sendirian.
Tiba-tiba ji yong dan rakan-rakannya datang menghampiri yoona
"asallah kau kejar laki yang takde perasaan tuh??sampai bila-bila pun takkan dapat..."kata ji yong.
"tak la..dia baik..."
" 'baik' kau cakap...dia tu jahat tau.dia dah membuat kembar aku jadi mati kau tau!!"kata cL.
"tu la..dia dah rampas 500,000 dari aku.Sepatutnya aku yang menang dance battle tu bukan dia!"tambah jun hyung.
"baik kau simpan benda ni dalam otak kau...kiteorang bagi peringatan..jangan menyesal nanti"kata hyuna sambil menonjol kepala yoona.Lalu mereka beredar dari situ.
Yoona menggenggam tangannya denga kuat menandakan geram."tak...gi kwang bukan macam tu.aku tahu dia orang yang baik.aku mesti cari gi kwang sekarang.."


Yoona menuju ke rooftop dengan pantasnya.Blia yoona sudah tiba di rooftop dia melihat gi kwang sedang termenung bangunan yang sama.
"kenapa kau asyik tengok bangunan tu je?"tanya yoona ingin tahu.
"di sana ada kenangan manis..."
"apa dia??nak kongsi dengan aku tak?"
"awak nampak tak tingkat atas sekali tu?"
"nampak..kenapa dengan tingkat tu?"
"di situ ada kedai makan yang masakannya sungguh sedap...."
"abis tu nak suruh aku buat apa??makan kat situ??"
"aku pernah makan di sana bersama seseorang yang istimewa..waktu tu aku rasa bahagia sangat"
"mana gilfriend kau sekarang? "
"dia dah mati...."jawab gi kwang dengan lemah dan perlahan.
"gf kau tu.....kembar cL ke?
"ha'ah...waktu tu aku bawa motor dengan laju kerana hujan lebat tanpa diduga ada kereta yang melanggar lampu isyarat lalu melanggar kami berdua...lee hyori mati di tempat kejadian juga."
"oohhh...macam tu ceritanya..kalau jun hyung pula?dia cakap kau rampas 500,000 daripada dia?"
 "tu sebab aku sertai dance battle tu dan memenangi tempat pertama,sedangkan jun hyung dan ji yong kalah"
"kalau macam tu,jom la.."
"jom pergi mana?"
"kita pergi makan di tempat tu petang ni..."gi kwang angguk perlahan tanda setuju..




di rumah,
"aku nak pakai baju ape ni...."
"haaaaa!!!!! aku pakai baju ni la....mesti gi kwang puji aku cantik..."

yoona memperagakan bajunya di depan cermin seperti di fashion show.tiba-tiba terdengar bunyi hon yang ditekan beberapa kali.yoona terus mencapai i phone nya kerana itu bagaikan nyawanya lalu menurun tangga dengan lajunya menuju ke kereta yang dimiliki oleh gi kwang...
"kenapa kau pakai baju macam ni? kita bukannya nak pergi date"
"salah ke?kat Jerman dulu bila nak keluar dengan laki tak kesah date ke tak boleh je pakai baju ni...."yoona menjawab kerana ingin melindung rasa malunya
"da la jom pergi...."gi kwang menekan minyak lalu ke tempat makan tersebut kerana dia tidak suka menunggu orang lama-lama.




mereka makan di restoran tersebut sambil bersembang sesama mereka dengan riangnya. Selepas makan mereka berjalan-jalan sambil menunjukkan ke yoona bandar seoul.Gi kwang membawa yoona ke taman yang sangat cantik.


 "ni tempat apa?"yoona bertanya kepada gi kwang
"ni la taman yang saya ceritakan kepada awak tu....awak tunggu di sini..saya pergi beli minuman,mesti awak letih kan lepas jalan-jalan"
"nah.."
"terima kasih"
"sama-sama" 


walaupun hanya dunkin donuts tetapi yoona menghargai pemberian daripada gi kwang itu..mereka sungguh gembira ketika berjalan-jalan di seluruh bandar seoul pada malamnya,gi kwang tiba-tiba berhentikan keretanya di sebuah jambatan.
"kenapa awak berhenti di sini?"
"awak tunggu saja,ada benda saya nak tunjuk kat awak..."
"ape?"
"tunggu je la..."
tidak lama kemudian, kelihatan banyak bunga api diudara.yoona terus melihat ke atas tanpa menghiraukan gi kwan di sebelahnya kerana terlalu teruja dengan pertunjukkan bunga api itu.Hari itulah hari yang paling gembira bagi yoona.Dia tidak pernah berasa gembira seperti ini ketika berada di korea selama ni.




beberapa bulan kemudian,
"yoona,"gi kwang memanggilnya.yoona menoleh ke arahnya.
"nah"
"haaa...cincin?"
"yela..cincin ni saya pernah bagi kepada lee hyori,sekarang saya bagi pada awak pula"
"awak tak kisah ke bagi cincin kenangan awak bersama lee hyori kepada saya?"
"kenapa saya ambil kisah pula?saya yang bagi pada awak...Lagipun,awaklah pengganti lee hyori sekarang."
cL di belakang hanya memerhati mereka sahaja dengan penuh rasa geram.Ji yong menegur cL kerana terlalu asyik dia memerhatikan gi kwang dan yoona.
"hoi!!! you kenapa? dari tadi i tngok you asyik tengok mereka berdua je..."
"laaaa...you ni bukan tak tahu i da lama nak balas dendam kat gi kwang tu.sebab dia kakak i mati tau."
"tu i tau la.."
"abis tu,kalau dah tau bile kite nak bertindak ni...kita dah lama jumpa kelemahan dia..tapi bertindaknya belum.."kata cL dengan bengang.
"ok.kalau macam tu kita bertindak waktu habis waktu persekolahan ok?" kata ji yong cuba menenangkan girlfriend kesayangannya.
Jun hyung,ji yong,cL dan hyuna merancang bagaimana untuk memerangkap gi kwang untuk membalas dendam ke atas gi kwang.


habis persekolahan,
"eehhhh....yoona,jumpa pun awak di sini...gi kwang kata,dia ingin berjumpa dengan kamu di rooftop.Katanya ada perkara penting nak cakap kat awak..jomm cepat.."kata hyuna
"ya..kesian gi kwang tunggu lama-lama"tambah cL
"kenapa korang ikut sama?kata gi kwang nak jumpa aku sorang je.."
"kami nak hantar awak nanti gi kwang kata kami tak amanah..."kata hyuna
yoona hanya mengikut cL dan hyuna kerana menurutnya itu adalah amanah dari gi kwang.Ketika sudah tiba di rooftop yoona mendapati bahawa gi kwang tiada di situ kerana yang ada hanyalah ji yong dan jun hyung.Yoona ingin menuruni tangga semula,tapi malangnya hyun dan cL sudah mengunci pintu tersebut.
"apa yang korang nak dari aku?"yoona menjerit ke arah mereka.
"kiteorang nak jadikan kau umpan untuk gi kwang datang ke sini..."kata hyuna.Cl terus menumbuk di perut yoona. 
"jangan risau aku takkan buat kau mati...tapi mungkin aku akan buat kau cedera parah...hahahaha..."kata cL lalu meneruskan belasah yoona
ji yong dan jun hyung hanya  melihat kerana bagi mereka lelaki lawannya lelaki,perempuan lawannya perempuan.ji yong terus mengambil telefon bimbitnya dan menghubungi gi kwang.
"hello sape tu?"
"ni aku lah g-dragon."
"ada ape kau telefon aku?"
"oh,aku nak inform kat kau yang girlfriend kau ada pada aku..hahaha.."
"apa yang kau dah buat pada dia??!!!!"
"jangan risau aku takkan apa-apakan dia kalau kau tak datang ke sini dengan cepat"
"kau tunggu kat situ sampai aku datang.Kau jangan apa-apakan dia!!!"
"jangan risau lawan aku bukannya perempuan,tapi kau lawan aku!!"
tooottt.....tooootttt....tooottt..gi kwang meletakkan telefon
"tapi lawannya ialah perempuan....hahaha...teruskan cL..hahhaa"ji yong bermonolog sendirian
Cl dan hyuna membelasah yoona tanpa belas kasihan tidak menghiraukan jeritan kesakitan yoona dan tangisan yoona.Darah sudah memenuhi baju yoona kerana dibelasah hingga dia tidak mampu untuk bangun apatah lagi melawan mereka berdua.Setelah beberapa minit gi kwang tiba.
"ji yong!!!!kau kata kau takkan apa-apakan yoona!!!"
"itu aku...mereka perempuan,mereka boleh sakitkan yoona..hahaha"
gi kwang geram terhadap ji yong dan jun hyung lalu menghampiri ji yong lalu menumbuk ji yong tepat di bibirnya.ji yong mengelap darahnya di baju lalu membalas perbuatan gi kwang dan mereka saling membalas-balas tumbukan.Aksi mereka seperti cerita kl gangster ataupun cerita kongsi tapi,boleh jugak kalau macam cerita evolusi kl drift waktu shamsul yusof nak selamatkan scha al yahya dari pada kena belasah dengan aaron aziz macam tu la cara gi kwang belasah ji yong.


Setelah jiyong dan jun hyung teruk dibelasah sehingga terbaring di atas lantai,gi kwang menguatkan diri berjalan menuju ke arah yoona yang terbaring di atas lantai penjuru rooftop tersebut dan tidak bermaya untuk bangun.Cl dan hyuna menuju ke arah bf mereka sambil memanggil-manggil nama mereka dan menggoncang badan mereka.Gi kwang pergi ke yoona lalu ingin mengangkat yoona tiba tiba dari belakang jun hyung bangun dan secara tidak sengaja menolak gi kwang jatuh dari bangunan tersebut.
"GI KWANG!!!!!!!!!"jerit yoona lalu menguatkan diri bangun dan melihat mayat gi kwang dari atas.
Yoona terduduk di atas lantai sambil menangis....sedang dia menangis,tiba-tiba hujan turun.ji yong dan rakan-rakannya melarikan diri supaya tidak tertangkap polis.




beberapa hari kemudian,
 "yoona,"lamunan yoona di beranda bilik dikejutkan oleh suara seorang wanita.yoona menoleh ke arah wanita itu.
"kamu yoona kan?"wanita itu bertanya.yoona menggangguk perlahan
"ini untuk kamu"
"buku apa ni mak cik?"
"ni diari gi kwang, mak cik rasa, dia suruh mak cik bagi pada kamu kerana kandungannya penuh tentang kamu jadi kamu ambillah sebagai kenangan" mak gi kwang terus beredar dari bilik yoona keranatidak mahu mengganggunya.
Yoona membuka diari tersebut lalu ter nampak sampul surat.yoona membuka sampul surat tersebut dan mendapati sampul tersebut penuh dengan gamba yoona.Yoona menitiskan air mata melihat kesemua gambar tersebut dan mula membaca sambil duduk di beranda biliknya dan memasang radio.
8 ogos 2011
"kali pertama aku nampak yoona masuk ke kelasku aku amat terkejut kerana dialah perempuan yang telah ak selamatkan dari penjahat-penjahat itu.Aku saja memerli dia sewaktu di rooftop kerana nak mengambil perhatiannya.Aku sengaja turunkan dia di selekuh jalan sebab aku nak rasa hebat. Sebernarnya, ak nak hantar kau terus ke rumah kalau boleh."

9 ogos 2011
"aku tak sangka dia mengajak aku pergi makan ke tempat yang aku dah lama tidak pergi selepas lee hyori meninggalkan aku...sebenarnya dia nampak comel bila pakai baju macam tu aku saja marah dia sebab aku tak nak tunjuk yang aku suka kat kamu...hari tu aku happy sangat dapat belanja kamu dunkin donuts, ajak kamu tengok bunga api dan pergi ke taman yang aku selalu pergi dengan lee hyori...."

20 ogos 2011
"ni barang yang aku pernah bagi pada yoona.Mungkin aku tak sempat nak tulis dalam diari ni sebab aku busy dengan girlfriend baru aku..hehehe..."

19 sept. 2011
"aku suka tngok kau main pistol air di funfair tadi...kau menang..kau dapat teddy bear besar sangat...aku teruja tengok kau happy bila kau dapat something yang kau suka."



1 oktober 2011

"aku suka tengok kau senyum macam ni....aku rasa happy bila kau senyum sentiasa..aku harap kau sentiasa senyum..jangan nangis..sebab aku tak suka tngok kau nangis..."

10 oktober 2011

"pagi tadi aku dah bagi cincin kat kau..sekarang aku nak call kau nak bagi gelang ni dekat kau..tunggu aku ye...."

Yoona menitiskan air mata ketika membaca diari gi kwang yang terakhir lalu menutup diari tersebut dan memeluknya dengan erat.Tiba-tiba sesuatu benda jatuh di atas kaki yoona.Yoona menundukkan badannya dan melihat gelang yang sangat cantik di atas kakinya.Yoona mengambilnya lau menggenggam erat sambil nangis...tiba-tiba lagu on rainy days yang dinyanyikan oleh sebuah kumpulan korea iaitu Beast dimainkan di radio.
"kenapa kau datang ketika hujan,dan kau pergi pun ketika hujan.....kenapa harus kau tinggalkan aku...."kata yoona sambil menangis mendengar lagu tersebut lalu memeluk erat diari dan gelang tersebut.Yang tinggal hanyalah sekeping gambar dan kenangan.

the end....